Tuesday, 1 November 2011

Tool Commisioning

Tool Commisioning?? Ape tue?? Meh cite sket..
Silibus Tool and Die tahap 4, terdapat satu modul yang bertajuk Tool Commisioning. Modul ini adalah berkaitan dengan penerimaan dan penghantaran sesuatu barang/produk/alatan. Di sini kita akan didedahkan bagaimana prosedur untuk penerimaan dan penghantaran alatan/produk. Biasanya apabila sesuatu produk yang telah siap, produk akan akan dihantar ke pelanggan. Ini akan melibatkan proses penghantaran. Apabila produk tersebut telah sampai ke tangan pelanggan, ia akan melibatkan proses penerimaan.

Secara umumnya, bahagian penerimaan dan bahagian penghantaran merupakan bahagian yang sama. Jika 2 bahagian ini ditempatkan ditempat yang sama, peralatan, staf dan tugas akan digunakan bersama. ini adalah kelebihannya. Sekaligus ini akan mengurangkan kos yang melibatkan peralatan dan staf. Sekiranya 2 bahagian ini ditempat yang berbeza, maka staf dan peralatan yang digunakan adalah berlainan.

Prosedur untuk penerimaan dan penghantaran yang digunakan adalah lebih kurang sama. Antara borang yang digunapakai untuk kedua-dua proses ini ialah invoice, laporan penerimaan barang, sebut harga dan purchase order.
Selain itu, di dalam topik ini turut membincangkan mengenai keselamatan di dalam kawasan kerja, selenggara peralatan dan cara pembungkusan alatan/produk.

Topik keselamatan lebih kepada cara pengendalian sesuatu peralatan/produk. Keselamatan amat penting kerana ia mampu meningkatkan produktiviti. Selain itu, peranti keselamatan terdapat pada sesuatu mesin contohnya, safety stop, limit switch, clamping dan sebagainya. Peralatan seperti barrier guard, photoelectric devices, pedal pengawal dan pengadang takal adalah alatan keselamatan untuk melindungi operator semasa mengendalikan sesuatu mesin.

Selenggara dibahagikan beberapa kategori dan salah satu daripadanya ialah penyelenggaraan mencegah. Di sini diterangkan apakan penyelenggaraan, bagaimana penyelenggaraan dibuat, dan apakah prosedur yang terlibat.

Akhir sekali, pembungkusan alatan/produk. Jika sesuatu alatan/produk yang telah siap dibina (aasembly) ia akan dihantar kepada pelanggan. Cara pembungkusan adalah mengikut barangan yang hendak di hantar.

No comments:

Post a Comment