Tool Commisioning?? Ape tue?? Meh cite sket..
Silibus Tool and Die tahap 4, terdapat satu modul yang bertajuk Tool Commisioning. Modul ini adalah berkaitan dengan penerimaan dan penghantaran sesuatu barang/produk/alatan. Di sini kita akan didedahkan bagaimana prosedur untuk penerimaan dan penghantaran alatan/produk. Biasanya apabila sesuatu produk yang telah siap, produk akan akan dihantar ke pelanggan. Ini akan melibatkan proses penghantaran. Apabila produk tersebut telah sampai ke tangan pelanggan, ia akan melibatkan proses penerimaan.
Secara umumnya, bahagian penerimaan dan bahagian penghantaran merupakan bahagian yang sama. Jika 2 bahagian ini ditempatkan ditempat yang sama, peralatan, staf dan tugas akan digunakan bersama. ini adalah kelebihannya. Sekaligus ini akan mengurangkan kos yang melibatkan peralatan dan staf. Sekiranya 2 bahagian ini ditempat yang berbeza, maka staf dan peralatan yang digunakan adalah berlainan.
Prosedur untuk penerimaan dan penghantaran yang digunakan adalah lebih kurang sama. Antara borang yang digunapakai untuk kedua-dua proses ini ialah invoice, laporan penerimaan barang, sebut harga dan purchase order.
Selain itu, di dalam topik ini turut membincangkan mengenai keselamatan di dalam kawasan kerja, selenggara peralatan dan cara pembungkusan alatan/produk.
Topik keselamatan lebih kepada cara pengendalian sesuatu peralatan/produk. Keselamatan amat penting kerana ia mampu meningkatkan produktiviti. Selain itu, peranti keselamatan terdapat pada sesuatu mesin contohnya, safety stop, limit switch, clamping dan sebagainya. Peralatan seperti barrier guard, photoelectric devices, pedal pengawal dan pengadang takal adalah alatan keselamatan untuk melindungi operator semasa mengendalikan sesuatu mesin.
Selenggara dibahagikan beberapa kategori dan salah satu daripadanya ialah penyelenggaraan mencegah. Di sini diterangkan apakan penyelenggaraan, bagaimana penyelenggaraan dibuat, dan apakah prosedur yang terlibat.
Akhir sekali, pembungkusan alatan/produk. Jika sesuatu alatan/produk yang telah siap dibina (aasembly) ia akan dihantar kepada pelanggan. Cara pembungkusan adalah mengikut barangan yang hendak di hantar.
Tuesday, 1 November 2011
Tuesday, 25 October 2011
Pengenalan Kepada Angkup Vernier
Angkup vernier adalah merupakan satu alat pengukuran yang berketepatan tinggi dan mempunyai had penggunaan kepada saiz objek yang hendak di ukur.
Kegunaannya adalah untuk mengambil ukuran pada bahagian luar, bahagian dalam dan kedalaman atau ketinggian sesuatu benda kerja.
Ia mempunyai beberapa bahagian utama. Setiap bahagian utama mempunyai fungsi yang tersendiri.
Angkup vernier juga mempunyai kaedah bacaan yang tersendiri.
Selamat mencuba... :)
Kegunaannya adalah untuk mengambil ukuran pada bahagian luar, bahagian dalam dan kedalaman atau ketinggian sesuatu benda kerja.
Ia mempunyai beberapa bahagian utama. Setiap bahagian utama mempunyai fungsi yang tersendiri.
Angkup vernier juga mempunyai kaedah bacaan yang tersendiri.
- Skala utama - bacaan ukuran kasar
- Skala vernier - bacaan ukuran tepat sehingga 2 titik perpuluhan
- Rahang luar - ambil ukuran bahagian luar atau diameter luar benda kerja
- Rahang dalam - ambil ukuran bahagian dalam atau diameter luar benda kerja
- Bilah pengukur dalam - amnbil ukuran kedalaman atau ketinggian benda kerja.
- Skru pengunci - kunci kedudukan skala vernier.
Selamat mencuba... :)
Sunday, 23 October 2011
1st Post : Intoduction To Tool N Die
Kursus "Tool and Die" atau dalam bahasa melayunya Kursus Alatan dan Acuan. Kursus Alatan dan Acuan ini adalah merupakan salah satu jurusan dalam bidang mekanikal pembuatan.
Di dalam kursus ini merangkumi ujikaji metodologi, menguji acuan, konsep rawatan haba serta memahami lukisan kejuruteraan. Selain itu, pelatih turut diajar tentang proses alatan tekan, pengacuan plastik, cara membuat serta membaik acuan dan lain - lain lagi.
Berikut adalah antara Modul yang terdapat di dalam kursus ini :
Di dalam kursus ini merangkumi ujikaji metodologi, menguji acuan, konsep rawatan haba serta memahami lukisan kejuruteraan. Selain itu, pelatih turut diajar tentang proses alatan tekan, pengacuan plastik, cara membuat serta membaik acuan dan lain - lain lagi.
Berikut adalah antara Modul yang terdapat di dalam kursus ini :
- Amalan keselamatan ditempat kerja
- Lukisan Teknikal / Kejuruteraan
- Rekabentuk
- Kerja - kerja pemesinan konvensional dan CNC
- Pemasangan Alat Tekan dan Acuan
- Pengujian dan mengenalpasti masalah
- Menjalankan kerja - kerja penyeliaan dan pengurusan asas
Subscribe to:
Posts (Atom)