Tuesday, 25 October 2011

Pengenalan Kepada Angkup Vernier

Angkup vernier adalah merupakan satu alat pengukuran yang berketepatan tinggi dan mempunyai had penggunaan kepada saiz objek yang hendak di ukur.

Kegunaannya adalah untuk mengambil ukuran pada bahagian luar, bahagian dalam dan kedalaman atau ketinggian sesuatu benda kerja.

Ia mempunyai beberapa bahagian utama. Setiap bahagian utama mempunyai fungsi yang tersendiri.
Angkup vernier juga mempunyai kaedah bacaan yang tersendiri.


  1. Skala utama - bacaan ukuran kasar
  2. Skala vernier - bacaan ukuran tepat sehingga 2 titik perpuluhan
  3. Rahang luar - ambil ukuran bahagian luar atau diameter luar benda kerja
  4. Rahang dalam - ambil ukuran bahagian dalam atau diameter luar benda kerja
  5. Bilah pengukur dalam - amnbil ukuran kedalaman atau ketinggian benda kerja.
  6. Skru pengunci - kunci kedudukan skala vernier.
Berikut adalah poster ringkas mengenai Angkup Vernier.

Selamat mencuba... :)

Sunday, 23 October 2011

1st Post : Intoduction To Tool N Die

Kursus "Tool and Die" atau dalam bahasa melayunya Kursus Alatan dan Acuan. Kursus Alatan dan Acuan ini adalah merupakan salah satu jurusan dalam bidang mekanikal pembuatan.  

Di dalam kursus ini  merangkumi ujikaji metodologi, menguji acuan, konsep rawatan haba serta memahami lukisan kejuruteraan. Selain itu, pelatih turut diajar tentang proses alatan tekan, pengacuan plastik, cara membuat serta membaik acuan dan lain - lain lagi.


Berikut adalah antara Modul yang terdapat di dalam kursus ini : 
  1. Amalan keselamatan ditempat kerja
  2. Lukisan Teknikal / Kejuruteraan
  3. Rekabentuk
  4. Kerja - kerja pemesinan konvensional dan CNC
  5. Pemasangan Alat Tekan dan Acuan
  6. Pengujian dan mengenalpasti masalah
  7. Menjalankan kerja - kerja penyeliaan dan pengurusan asas
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.ikbnpg.gov.my